Jadilah golongan yang sedikit

Suatu ketika, Khalifah ‘Umar al-Khattab رضى الله عنه sedang melakukan tawaf dan dia mendengar seseorang memanjatkan doa :

اللهم اجْعَلْنِي مِنْ عِبَادِكَ القَلِيْل

“Ya Allah, jadikanlah aku dalam kalangan hamba-Mu yang sedikit.”

Berasa hairan dengan doa itu, selepas tawaf Sayyidina Umar رضى الله عنه bertanya kepadanya : “Mengapa kamu berdoa sebegitu rupa? Belum pernah aku mendengar sesuatu seperti itu.”

Sahabat itu menjawab, Wahai Amirul Mukminin! Aku membaca doa itu kerana aku takut dengan penjelasan Allah :

وَلَقَدۡ مَكَّنَّٰكُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَجَعَلۡنَا لَكُمۡ فِيهَا مَعَٰيِشَۗ قَلِيلٗا مَّا تَشۡكُرُونَ

“Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu yang bersyukur.” (Al A’raf ayat 10).

Sayyidina ‘Umar رضى الله عنه seperti tersentak mendengar jawapan itu, lantas memberi respon, “Sungguh setiap orang lebih faham tentang agama daripada aku.” Jawapan itu membuat Sayyidina Umar رضى الله عنه menangis.

Sedikit sekali orang yang bersyukur. Justeru berusahalah kita untuk menjadi orang bersyukur. Malah Allah akan tambahkan lagi nikmat kepada hamba-hambaNya yang bersyukur!

لَئِنْ شَكَرْتُمْ لأزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

“Dan jika kamu sekalian bersyukur atas nikmat yang Aku berikan, maka niscaya akan Aku tambah nikmat-Ku untukmu. Dan jika kamu sekalian kufur atas nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku itu sangat pedih.” (Ibrahim: 7)

اللهم اجْعَلْنِي مِنْ عِبَادِكَ القَلِيْل

“Ya Allah, jadikanlah aku dalam kalangan hamba-Mu yang sedikit.”

آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

You Might Also Like